SATU sistem telah disediakan untuk memastikan pembayaran bulanan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) yang dibuat kepada ejen pengurusannya ditandatangani dan diluluskan oleh Pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim.

Majlis bandaran itu dan Anggota Parlimennya memastikan secara gigih dan teratur di peringkat kejiranan untuk memastikan ejennya, FM Solutions & Services (FMSS), memenuhi kerja-kerja kontrak, kata peguam Encik Leslie Netto semalam.