Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pejabat Pofma keluarkan 4 arahan pembetulan mengenai dakwaan gaji tahunan Ho Ching

Apr 19, 2020 | 7:39 PM
-

BEBERAPA kenyataan mengandungi fakta palsu telah disiarkan dalam talian mengenai gaji tahunan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings, Cik Ho Ching, kata laman pemeriksaan fakta Factually. Kenyataan itu telah disiarkan dalam beberapa catatan media sosial di Facebook dan Forum HardwareZone, serta artikel di laman The Online Citizen. Penulis-penulis kenyataan itu membuat beberapa dakwaan bahawa gaji tahunan Cik Ho Ching sebanyak "NT$ 2.1 bilion", "sekitar 100 juta SGD" atau "S$99 juta setahun". Kesemua dakwaan itu adalah palsu, kata Factually. Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, telah mengarahkan Pejabat Pofma (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian) untuk mengeluarkan empat arahan pembetulan kepada pengguna HardwareZone bernama "darksiedluv", laman Facebook The Temasek Review, laman web dan laman Facebook The Online Citizen dan juga Encik Lim Tean kerana mengongsi maklumat palsu itu di laman Facebooknya.

Pengguna "darksiedluv" telah membuat pembetulan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg