Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekak... tapi pena dan buku nota jadi perantara berbicara

Apr 14, 2019 | 5:30 AM
BERBUAL MENERUSI BAHASA ISYARAT: Cabaran utama yang dihadapi penghantar makanan pekak sepertinya, kata Encik Rizal, adalah berkomunikasi dengan pelanggan, pemilik dan pekerja restoran dan kadangkala pegawai keselamatan apabila beliau menghantar makanan ke kondominium atau pejabat. - Foto BM oleh MARK CHEONG
BERBUAL MENERUSI BAHASA ISYARAT: Cabaran utama yang dihadapi penghantar makanan pekak sepertinya, kata Encik Rizal, adalah berkomunikasi dengan pelanggan, pemilik dan pekerja restoran dan kadangkala pegawai keselamatan apabila beliau menghantar makanan ke kondominium atau pejabat. - Foto BM oleh MARK CHEONG -

SEBELAH tangan bawa makanan, sebelah lagi angkat pena dan buku nota.

Tidak seperti penghantar makanan lain, Encik Rizal Ahamat, 41 tahun, dilahirkan pekak.

Setibanya di kedai makanan atau pintu rumah pelanggan, buku nota inilah yang menjadi pengantara bagi beliau dan orang lain berkomunikasi.

Pertanyaan yang biasa diajukannya kepada pelanggan ialah sama ada pesanan itu tepat, manakala di restoran pula, beliau akan bertanya jika pesanan yang sudah ditempah tetapi tidak dimasukkan.

"Cabaran utama yang saya hadapi adalah berkomunikasi dengan pelanggan, restoran dan kadangkala pegawai keselamatan apabila saya menghantar makanan ke kondominium atau pejabat.

"Namun lama-kelamaan, saya dapati cara terbaik dalam beinteraksi dengan pihak berbeza yang terlibat dalam proses penghantaran.

"Contoh, menggunakan isyarat tangan yang lebih mudah difahami dan saya sentiasa membawa pena dan buka nota supaya saya dapat menulis sekiranya mereka tak faham," jelasnya.

Antara isyarat tangan yang lebih sering digunakan adalah menunjukkan ibu jari tanda baik.

Sebelum ini, bapa empat orang anak itu bekerja di sebuah syarikat membuat kereta tetapi lama-kelamaan beliau berasa tidak puas dengan pekerjaan itu.

Encik Rizal mula bekerja dengan foodpanda sejak setahun lalu dan berasa seronok melakukan tugas itu.

"Saya minat kerja sebagai penghantar makanan foodpanda kerana saya dapat ke tempat yang saya tak pernah kunjungi atau lihat," ujar beliau, yang menggunakan motosikal sebagai mod pengangkutan.

Menceritakan pengalamannya berinteraksi dengan pelanggan, Encik Rizal berkata sebilangan besar pelanggan memahami keadaan beliau dan memberi layanan yang baik.

Pada masa yang sama, foodpanda juga membantu memudahkan proses pekerjaannya.

"Foodpanda turut bantu saya dengan memasukkan nota di profil saya untuk maklumkan kepada pelanggan serta restoran supaya tidak menelefon saya, sebaliknya tinggalkan mesej.

"Saya juga telah terima beberapa komen baik daripada pelanggan yang ingatkan saya supaya berhati-hati di jalan raya ketika menghantar makanan. Keprihatinan yang mereka tunjukkan menyentuh perasaan saya," kata beliau.

"Foodpanda turut bantu saya dengan memasukkan nota di profil saya untuk maklumkan kepada pelanggan serta restoran supaya tidak menelefon saya, sebaliknya tinggalkan mesej. Saya juga telah terima beberapa komen baik daripada pelanggan yang ingatkan saya supaya berhati-hati di jalan raya ketika menghantar makanan. Keprihatinan yang mereka tunjukkan menyentuh perasaan saya." - Encik Rizal Ahamat, penghantar makanan foodpanda yang dilahirkan pekak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg