Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja adu penat berdiri tapi Watsons nafi ada dasar 'tidak boleh duduk'

Dec 16, 2022 | 5:30 AM
Shawal (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan Singapura menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar pada malam Sabtu ini. - Foto FAS
Shawal (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan Singapura menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar pada malam Sabtu ini. - Foto FAS -

RANGKAIAN kedai kesihatan dan solekan Watsons menyatakan ia tidak mempunyai dasar pekerja tidak dibenarkan duduk sewaktu bekerja.

Ia menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pekerja dan sebuah kumpulan penyokong hak pekerja yang mendakwa pekerja syarikat itu tidak dibenarkan duduk di stesen mereka dan dikehendaki berdiri sepanjang lapan jam setiap hari.

Ini berlaku selepas lapan bekas pekerja dan pekerja menghubungi kumpulan hak pekerja Workers Make Possible itu.

Kumpulan itu kemudian melancarkan sebuah kempen di media sosial bagi pihak mereka untuk meminta agar dasar Watsons bagi juruwang dan penggalak diubah bagi membolehkan mereka duduk.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, Watsons berkata pekerja boleh berehat sebagaimana mereka perlukan di tempat berehat.

"Watsons selalu menganggap kebajikan pekerja sebagai satu keutamaan. Kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak mempunyai dasar 'tidak boleh duduk'," ujar syarikat itu.

"Kami bersikap terbuka untuk menerima saranan, terutamanya daripada rakan kerja kami, dan kami akan menyemak pelaksaaannya sebagaimana wajar," tambah Watsons.

Workers Make Possible, bersama seorang lagi bekas pekerja Watsons, bertemu pihak pengurusan syarikat itu Isnin lalu untuk membincangkan isu berkenaan, dan juga meminta agar pekerja diberi lebih banyak waktu rehat.

Seorang bekas juruwang Watsons, Cik Nuzhatul Iman, 23 tahun, yang hadir di pertemuan itu, berkata bertugas syif memenatkan dan menyakitkan, dan ia lebih teruk bagi pekerja lebih tua daripadanya.

Cik Nuzhatul, yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang radiografi, bekerja di beberapa cawangan Watsons secara sambilan pada separuh pertama 2021.

"Dasarnya ialah juruwang tidak diberi kerusi... Pada suatu ketika, saya berasa sangat letih dan duduk di mesin daftar tunai dan saya dimarah penyelia saya," katanya.

Beliau menambah bahawa kebanyakan cawangan tidak mempunyai kerusi di bilik belakang, tetapi umumnya juruwang tidak dibenarkan meletak kerusi di stesen mereka.

Seorang pekerja Watsons, yang tidak ingin mendedahkan namanya kerana masih bertugas bersama syarikat itu, berkata beliau mengalami sakit badan di belakang tubuhnya dan kaki kirinya kerana berdiri sepajang beberapa jam.

Ibu tunggal berusia 38 tahun itu melakukan lima syif sembilan jam setiap minggu. Hampir sepanjang seluruh syif, kecuali pada waktu rehat makan tengah hari selama sejam, beliau tidak dibenarkan duduk.

"Penyelia saya 'tutup mata' dan membiarkan saya duduk semasa saya mengira stok atau ketika berada di dalam bilik belakang, tetapi umumnya kami diberitahu jika kami duduk di mesin wang, ia kelihatan buruk bagi pelanggan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg