Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja asing bantu alihkan bas yang halang lalu lintas

Jul 12, 2018 | 4:28 PM
SEMANGAT KEMASYARAKATAN: Beberapa pekerja asing ini meninggalkan apa yang mereka sedang lakukan untuk bantu tolak bas rosak ini agar ia tidak menghalang lalu lintas.
SEMANGAT KEMASYARAKATAN: Beberapa pekerja asing ini meninggalkan apa yang mereka sedang lakukan untuk bantu tolak bas rosak ini agar ia tidak menghalang lalu lintas. - Foto FACEBOOK/ZYE HENSEM

SEBUAH bas pelancong rosak di tengah-tengah satu simpang jalan raya yang sibuk semalam (11 Julai).

Pemandu bas itu, yang kelihatan bimbang, berdiri di simpang antara Lower Delta Road dengan Kampong Bahru Road itu sambil melambai-lambai meminta bantuan.

Akhirnya, bantuan tiba apabila sekumpulan pekerja asing yang berada di kawasan itu meninggalkan apa yang mereka sedang lakukan untuk menolong pemandu bas tersebut.

Mereka menolak bas itu agar ia tidak menghalang lalu lintas menghala ke HarbourFront.

Tindakan mereka itu turut meninggalkan kesan pada orang ramai yang menyaksikannya.

Seorang pengguna Facebook bernama Zye Hensem telah memuat naik video yang menunjukkan pekerja asing itu menolak bas berkenaan sehingga ia tidak menghalang simpang jalan raya itu lagi.

Video itu menarik perhatian pengguna Facebook lain yang memuji pekerja asing tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg