Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja asing di dormitori dibenar kunjungi Pusat Riadah mulai 31 Okt: MOM

Oct 28, 2020 | 8:46 PM
KELONGGARAN KUNJUNGI PUSAT RIADAH: Mulai 31 Oktober, pekerja asing di semua dormitori yang didapati layak dibenarkan mengunjungi Pusat Riadah pada hari cuti mereka bagi memanfaatkan kemudahan tempat makan dan minum, pasar raya mini, ruang komunal, khidmat pengiriman wang dan kedai gunting. Foto ini dirakam sebelum tempoh Covid-19 di mana pekerja asing berpeluang membeli barangan terpakai. - Foto FAIL
KELONGGARAN KUNJUNGI PUSAT RIADAH: Mulai 31 Oktober, pekerja asing di semua dormitori yang didapati layak dibenarkan mengunjungi Pusat Riadah pada hari cuti mereka bagi memanfaatkan kemudahan tempat makan dan minum, pasar raya mini, ruang komunal, khidmat pengiriman wang dan kedai gunting. Foto ini dirakam sebelum tempoh Covid-19 di mana pekerja asing berpeluang membeli barangan terpakai. - Foto FAIL -

PEKERJA asing di semua dormitori yang didapati layak dibenarkan mengunjungi Pusat Riadah pada hari cuti mereka mulai 31 Oktober ini.

Ini ditetapkan Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Penglibatan (ACE) di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyusuli tempoh percubaan selama dua bulan, sedang kadar jangkitan Covid-19 dalam masyarakat dan dormitori kekal pada paras rendah.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (28 Oktober), MOM berkata langkah itu dikatakan sebahagian daripada usaha melonggarkan sekatan secara selamat buat pekerja asing di dalam dan di luar dormitori.

Sejauh ini, pekerja asing hanya dibenarkan meninggalkan dormitori untuk ke tempat bertugas dan bagi rutin penting.

Mulai 31 Oktober, pekerja yang sudah pulih dan masih mempunyai daya imun menentang Covid-19 dan mereka yang diuji negatif Covid-19 di bawah rejim Ujian Rutin Yang Dijadualkan akan dibenarkan mengunjungi pusat riadah itu.

Mereka juga diberi akses kemudahan dan khidmat seperti tempat makanan dan minuman, pasar raya mini, kedai telekomunikasi, kedai gunting dan khidmat pengiriman wang di pusat riadah itu.

Mereka juga dibenarkan bertemu dengan teman-teman bagi kegiatan di kemudahan komunal dengan langkah pengurusan selamat yang tegas dikuatkuasakan.

Pekerja yang layak juga boleh menempah Pas 'Exit' tujuh hari lebih awal menerusi aplikasi telefon bimbit SGWorkPass bagi mengunjungi pusat riadah tertentu dalam dormitori mereka.

Pemeriksaan akan dibuat pengendali dormitori dan pusat riadah bagi memastikan pekerja memiliki Pas 'Exit' sebelum dibenarkan masuk dan keluar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg