Pekerja asing perlu jalani ujian tambahan 7 hari selepas SHN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja asing perlu jalani ujian tambahan 7 hari selepas SHN

Jan 5, 2021 | 10:38 PM

Pekerja asing perlu jalani ujian tambahan 7 hari selepas SHN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pekerja tersebut akan dibolehkan menetap di dormitori mereka hanya selepas menyelesaikan rejim pengujian baru itu. -
Pekerja tersebut akan dibolehkan menetap di dormitori mereka hanya selepas menyelesaikan rejim pengujian baru itu. - - FOTO: KELVIN LIM

MULAI 6 Januari, pekerja asing yang diizinkan memasuki Singapura dan baru tiba di sini serta akan menetap di dormitori perlu menjalani rejim ujian tambahan lagi tujuh hari di kemudahan khusus, selepas tamat tempoh Jangan Keluar Rumah (SHN) sepanjang 14 hari, kata Menteri Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa.

Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian memperkenalkan keperluan baru itu untuk mengurangkan risiko kes import Covid-19 positif daripada tersebar di dormitori, kata MOM.

Pekerja berkenaan akan dibolehkan menetap di dormitori mereka hanya selepas menyelesaikan rejim pengujian baru itu.

"Sepanjang tujuh hari di kemudahan khusus tersebut, pekerja asing yang baru sahaja tiba di sini akan menjalani ujian swab tambahan dan mereka masih boleh pergi ke kerja," tambah MOM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg