KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan sejumlah 1,037 kes baru Covid-19, kebanyakan pekerja asing yang menginap di dormitori, manakala seorang lagi pesakit Covid-19 telah meninggal dunia.
Menurut MOH, daripada bilangan itu, 982 pesakit melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori sementara 30 merupakan pemegang permit kerja yang tinggal di luar dormitori.
Warga Singapura dan Penduduk Tetap membentuk 25 kes baru.
Sementara itu seorang pesakit warga India berusia 46 tahun telah meninggal dunia pada Khamis (23 April)
Beliau disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 19 April dirawat di Hospital Khoo Teck Puat.
Siasatan polis mengenai kematian beliau masih dijalankan.
MOH juga melaporkan terdapat enam kelompok jangkitan baru - Dormitori Blue Stars di Kian Teck Lane; Dormitori Hulett Dormitory di Senoko Drive; Dormitori Seatown di Tuas South Avenue 1; Dormitori Woodlands di Woodlands Sector; 12 Loyang Drive; dan 59 Sungei Kadut Loop
Sejauh ini Singapura telah mencatatkan sejumlah 11,178 kes koronavirus.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg