SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pekerja Bangladesh maut ditimpa tembok; MOM siasat kejadian

Pekerja Bangladesh maut ditimpa tembok; MOM siasat kejadian

Jun 17, 2022 | 5:30 AM

Pekerja Bangladesh maut ditimpa tembok; MOM siasat kejadian

Perdana Menteri Tuvalu, Encik Kausea Natano
Perdana Menteri Tuvalu, Encik Kausea Natano - AFP

SEORANG pekerja Bangladesh berusia 41 tahun meninggal dunia apabila sebahagian tembok yang sedang dirobohkannya di sebuah rumah privet menimpa dirinya pada 10 Jun lalu.

Beliau dikeluarkan penyelamat Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor The Straits Times.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata ia diberitahu tentang kejadian yang berlaku di 44 Tai Hwan Heights itu pada sekitar 4.30 petang pada hari tersebut.

"Sebagai langkah keselamatan umum, kerja-kerja perobohan mesti dirancang dengan betul untuk struktur dirobohkan dengan cara yang sistematik," kata jurucakap MOM.

Jurucakap itu berkata, penghuni tempat kejadian ialah Beow Hock Engineering dan majikan pekerja yang meninggal dunia ialah Sam Woo (S.E.A.).

MOM sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengarahkan penghuni tersebut menghentikan semua kerja di tapak berkenaan.

Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) telah mengeluarkan amaran berkaitan kejadian itu semalam.

Dalam amaran itu, WSH berkata, kecederaan di tempat kerja sering meningkat dalam tempoh ini dan memberi amaran kepada industri agar terus berwaspada terhadap risiko dan mencegah kemalangan.

Sehingga kini, terdapat 26 kes kecederaan tahun ini - yang paling banyak dalam tempoh yang sama sejak 2016.

Amaran WSH menyatakan bahawa kerja-kerja perobohan adalah aktiviti pembinaan berisiko tinggi dan rancangan yang betul serta prosedur mesti disediakan sebelum kerja bermula.

Untuk mengelakkan kemalangan serupa, amaran WSH itu menyenaraikan beberapa langkah termasuk memastikan bahawa sebelum sebarang kerja perobohan bermula, tinjauan terperinci untuk menilai kestabilan struktur bangunan dan persekitarannya dijalankan.

Penyelia juga perlu berada di tapak kerja untuk memastikan kerja-kerja perobohan dijalankan dengan selamat mengikut penyataan kaedah.

Disebabkan lonjakan kematian di tempat kerja, langkah penguatkuasaan yang dipertingkat telah diperkenalkan.

Bermula 14 Jun lalu, syarikat yang mempunyai prestasi WSH yang lemah akan dikenakan penalti yang lebih berat.

Ini termasuk penggandaan denda komposisi sehingga $5,000 untuk kesalahan yang didapati semasa pemeriksaan keselamatan.

Syarikat yang telah diberikan arahan berhenti kerja atau mempunyai pekerja yang mengalami kecederaan berat juga perlu melibatkan juruaudit luar untuk menyemak sistem semasa mereka.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg