Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja cedera selepas tiang konkrit di tapak BTO Queenstown jatuh

Mar 3, 2019 | 1:49 PM
01ce49b7-cea8-4a70-9e1a-994c242a4513
-

SEORANG pekerja pembinaan dihantar ke hospital selepas tiang konkrit besar roboh di tapak binaan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Queenstown semalam.

Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) berkata ia akan mengeluarkan perintah untuk menghentikan kerja-kerja tersebut di tapak binaan 132 Margaret Drive.

BCA, Kementerian Tenaga Manusia serta Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) sedang menyiasat insiden tersebut.

Jurucakap BCA berkata tiang dari jambatan penghubung bangunan itu jatuh daripada tingkat 27 ke atas bumbung tempat letak kereta tujuh tingkat di bawahnya, sebelum ia jatuh dari hujung bangunan itu ke tanah.

"Seorang pekerja yang berada di tempat letak kereta tersebut cedera disebabkan terkena serpihan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg