Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja dari sekitaran berisiko seperti F&B wajib lalui ujian berjadual

Jul 8, 2021 | 5:30 AM
2a7f2ec6-e421-4d5c-aeb9-9dab715e64fc
-

MULAI Khamis depan, kakitangan yang bekerja dalam persekitaran lebih berisiko dijangkiti Covid-19 wajib melalui ujian pantas dan mudah (FET) yang kerap.

Ini termasuk mereka yang bekerja di tempat makanan dan minuman (F&B), khidmat penjagaan peribadi seperti spa, tempat urut dan dandanan rambut, dan gim serta studio kecergasan di mana klien tidak memakai pelitup, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Sebelum ini, MOH telah mengumumkan pelancaran FET secara bertahap bagi kakitangan yang bekerja dalam persekitaran lebih berisiko.

Sejak itu, kementerian itu telah bekerjasama dengan perniagaan untuk memulakan ujian rutin berjadual (RRT) FET melalui kegiatan swab sendiri yang dipantau majikan atau di Pusat Ujian Pantas.

Dalam usaha membantu perniagaan memulakan rejim FET, program latihan telah disediakan bagi melatih kakitangan yang dilantik untuk memantau pekerja melakukan swab ujian pantas antigen (ART) sendiri.

Dalam pada itu, pemerintah juga akan melanjutkan penjualan kit ujian ART ke lebih banyak kedai runcit umum seperti pasar raya dan kedai serbaneka mulai Jumaat depan.

Sekatan yang mengehadkan individu membeli sehingga 10 kit ujian sahaja juga akan ditiadakan.

Buat masa ini, kit ujian ART dijual di farmasi seperti Guardian, Unity dan Watsons, dan setiap individu dihadkan membeli sehingga 10 kit ujian demi memastikan terdapat bekalan yang mencukupi untuk semua.

"Dengan ini, lebih ramai individu, terutamanya mereka yang tidak ada gejala jangkitan pernafasan akut (ARI), boleh menguji diri mereka sendiri jika mereka prihatin tentang potensi terdedah kepada Covid-19," kata MOH.

Kit ART menghasilkan keputusan dalam kurang 20 minit, dan mudah digunakan serta boleh dilakukan sendiri.

Empat kit ujian sendiri yang telah diberikan kelulusan sementara oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi penjualan kepada orang awam ialah Abbott PanBio Covid-19 Antigen Self-Test, Quidel QuickVue At-Home OTC Covid-19 Test, SD Biosensor Sars-CoV-2 Antigen Self-Test Nasal, dan SD Biosensor Standard Q Covid-19 Ag Home Test.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg