SEORANG pekerja 49 tahun meninggal dunia selepas terperangkap di bawah paip silinder besi yang besar antara sebuah treler dan sebuah lori pada Jumaat (27 Mei).

Beliau dibebaskan daripada keadaan terperangkap itu oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, di mana beliau meninggal dunia pada hari yang sama, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Kematiannya membawa pada jumlah kematian di tempat kerja tahun ini mencecah 25 kes, jumlah tertinggi dalam tempoh serupa sejak 2016.

Kejadian ini berlaku di kala wujud kekurangan tenaga kerja serta kekecohan untuk menyegerakan projek yang perlu diselesaikan, yang terus menambah jumlah kematian yang turun sebelum pandemik Covid-19.

MOM berkata lelaki yang bekerja di 18 Defu Avenue 2 itu digajikan oleh Good Year Contractor dengan bangunan itu digunakan syarikat Lik Kng Contractor.

MOM sedang menyiasat kemalangan ini dan telah mengarah Good Year Contractor agar menghentikan semua operasi pemindahan barang.

MOM berkata sebuah kren lori terjatuh ke tepi sementara ia sedang mengangkat dan menurunkan paip silinder besi yang besar itu.

Ini menyebabkan salah satu daripada batang besi itu di atas kren lori itu terguling. Ia jatuh ke atas pekerja itu yang sedang menyelaras kerja mengangkat barangan lantas memerangkap kakinya.

SCDF dikerahkan pada 1.05 petang Jumaat.

Bomba dan paramedik dari Balai Bomba Paya Lebar itu memeriksa lelaki yang terperangkap itu dan memberi bantuan perubatan bagi memantapkan keadaannya.

Penyelamat dari pasukan elit, Pasukan Bantuan dan Penyelamat Bencana, menggunakan dua beg pengangkut udara untuk mengangkat paip itu dan membebaskan mangsa sebelum beliau dibawa ke hospital.

MOM diberitahu tentang kemalangan tempat kerja yang membawa maut itu pada 1.55 petang hari yang sama.

Pengamat sekeliling termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah tampil menyatakan bahawa kematian tempat kerja yang kian berlaku baru-baru ini tidak boleh diterima.

Firma setempat digesa mengambil langkah keselamatan berupa menghentikan semua pekerjaan untuk menyemak penilaian risiko dan menyesuaikan diri pekerja dengan prosedur keselamatan.

Lebih 12,000 syarikat telah meminta masa sebegini hingga pertengahan Mei selepas 10 pekerja mati bulan lalu.

Industri ini telah menetapkan matlamat mengurangkan kematian tempat kerja pada kadar di bawah satu bagi setiap 100,000 pekerja menjelang 2028.