Pekerja migran di dormitori digalak buang sampah sebagai sebahagian inisiatif SG Clean Day

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja migran di dormitori digalak buang sampah sebagai sebahagian inisiatif SG Clean Day

Jan 23, 2022 | 6:16 PM

Pekerja migran di dormitori digalak buang sampah sebagai sebahagian inisiatif SG Clean Day

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Cochrane Lodge 2 di Admiralty Road West antara empat dormitori yang menyertai dalam inisiatif SG Clean Day yang diperluaskan.
Cochrane Lodge 2 di Admiralty Road West antara empat dormitori yang menyertai dalam inisiatif SG Clean Day yang diperluaskan. - ST FILE

Pekerja migran yang menetap di empat dormitori akan digalak supaya membuang sampah mereka sendiri sebagai sebahagian daripada inisiatif SG Clean Day.

Inisiatif yang diperluaskan itu diumumkan pada Ahad (23 Jan) oleh Majlis Kebersihan Awam (PHC) yang telah bekerjasama dengan Persatuan Dormitori Singapore Limited (DASL) bagi melancarkan kempen itu pada tahun ini.

Ini bermakna tiada yang akan menyapu sampah dari 6 pagi hingga tengah malam di empat dormitori - iaitu Homestay Lodge di Kaki Bukit, S11 Dormitory@Punggol, Cochrane Lodge 2 di Admiralty Road West serta dormitori Tee Up di Seletar North.

Sebelum ini, SG Clean Day dilaksanakan hanya di taman awam, taman-taman, penghubung taman, kawasan terbuka dan tingkat bawah estet perumahan.

PHC berkata dalam kenyataannya bahawa kerjasama itu bertujuan untuk menggalak penduduk dormitori agar mengambil tanggungjawab untuk membuang sampah dengan betul dan memastikan premis penginapan sentiasa bersih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg