SPH Logo mobile
Langgan|

Pekerja migran dilanggar lori ketika lintas PIE

Pekerja migran dilanggar lori ketika lintas PIE

Jul 10, 2023 | 2:58 PM

Pekerja migran dilanggar lori ketika lintas PIE

KEMALANGAN JALAN RAYA: Rakaman menunjukkan pekerja migran tersebut berlari dari tepi lebuh raya menuju ke tapak binaan di laluan pertengahan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).
KEMALANGAN JALAN RAYA: Rakaman menunjukkan pekerja migran tersebut berlari dari tepi lebuh raya menuju ke tapak binaan di laluan pertengahan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE). - Foto TANGKAP LAYAR SG ROAD VIGILANTE

Seorang pekerja migran berusia 39 tahun dibawa ke hospital pada 2 Julai setelah sebuah lori melanggarnya di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) ketika beliau sedang menjalankan tugas di jalan raya.

Rakaman yang dikongsi SG Road Vigilante di Facebook pada hari sama menunjukkan lelaki itu berlari dari tepi lebuh raya menuju ke tapak binaan di laluan pertengahan, di mana sekumpulan pekerja migran dilihat sedang bekerja. Namun, sebuah lori melanggarnya.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan sekitar 11.35 malam pada hari tersebut mengenai kemalangan di PIE menghala ke Changi, berdekatan susur keluar Eng Neo Avenue, lapor akhbar The Straits Times.

Polis menambah bahawa pekerja migran itu dalam keadaan sedar apabila dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan kini dalam keadaan stabil.

Siasatan sedang dijalankan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg