Pekerja migran Muslim dapat solat jemaah dalam asrama sepanjang Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja migran Muslim dapat solat jemaah dalam asrama sepanjang Ramadan

Apr 9, 2021 | 4:00 PM

Pekerja migran Muslim dapat solat jemaah dalam asrama sepanjang Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Solat jemaah di asrama akan diadakan bagi solat tarawih sepanjang Ramadan dan solat Hari Raya pada 12 Mei.
Solat jemaah di asrama akan diadakan bagi solat tarawih sepanjang Ramadan dan solat Hari Raya pada 12 Mei. - Foto Fail ST

PEKERJA migran Muslim akan dapat mengikuti solat jemaah di asrama mereka dari 13 April hingga 12 Mei iaitu sepanjang Ramadan. Asrama akan dibenarkan mengadakan dua sesi solat berjemaah untuk hingga 200 orang, bergantung kepada saiz dan ketersediaan lokasi di setiap asrama, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (9 April). Solat jemaah akan diadakan bagi solat tarawih dan solat Hari Raya pada 12 Mei. Sementara itu, usaha vaksinasi yang sedang dijalankan untuk pekerja migran akan diteruskan. Masa vaksinasi akan dilanjutkan ke 10 malam dalam bulan Ramadan agar pekerja Muslim dapat berbuka puasa sebelum menerima suntikan mereka, tambah MOM. "Vaksinasi tidak membatalkan puasa, dan pekerja migran digalak mengambil vaksin Covid-19 itu apabila mereka diberi kesempatan untuk melakukannya," kata kementerian itu. Usaha memvaksinasi pekerja migran Singapura kini dalam fasa kedua, dengan sekitar 30,000 pekerja di 30 asrama dijadualkan untuk mendapatkan suntikan mereka dalam masa beberapa minggu akan datang. Fasa pertama usaha itu pada Mac melihat sekitar 9,000 pekerja yang layak menerima dos vaksin pertama mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg