Topic followed successfully
Go to BHkuPekerja pembersihan gembira tak terkira dan bangga
Premium
Pekerja pembersihan gembira tak terkira dan bangga
Aug 22, 2021 | 5:30 AM
Pekerja pembersihan gembira tak terkira dan bangga
ENCIK ABDUL RAHMAN MOSTAFF: Harapan beliau adalah supaya Singapura terus membangun dengan lebih baik. - Foto BM oleh NATASHA MUSTAFA -
MESKIPUN sedar akan risiko yang mungkin beliau hadapi semasa bertugas sebagai kakitangan barisan depan semasa pandemik Covid-19, Encik Abdul Rahman Mostaff memutuskan untuk kembali bekerja dalam industri pembersihan sekitar enam bulan lalu.
Beliau, yang sebelum ini bekerja dalam sektor binaan dan pernah bekerja dalam sektor pembersihan selama tujuh tahun sebelum itu, mahu memberikan sumbangan dan memainkan peranannya dalam menjaga keselamatan dan kesihatan warga negara Singapura semasa pandemik ini.

