Pekerja penghantaran makanan Foodpanda dibawa ke hospital selepas berlanggar dengan kereta di Balestier

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja penghantaran makanan Foodpanda dibawa ke hospital selepas berlanggar dengan kereta di Balestier

Mar 3, 2018 | 5:02 PM

Pekerja penghantaran makanan Foodpanda dibawa ke hospital selepas berlanggar dengan kereta di Balestier

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
NAHAS JALAN RAYA: Seorang lelaki terbaring di jalan raya dekat motosikal yang turut terjatuh menyusuli satu nahas jalan raya di Balestier baru-baru ini.
NAHAS JALAN RAYA: Seorang lelaki terbaring di jalan raya dekat motosikal yang turut terjatuh menyusuli satu nahas jalan raya di Balestier baru-baru ini. - Foto PEMBACA SHIN MIN DAILY NEWS

SEORANG pekerja penghantaran makanan Foodpanda yang berusia 27 tahun dibawa ke hospital selepas terlibat dalam satu nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Balestier baru-baru ini.

Menurut akhbar The Straits Times, polis berkata kejadian itu berlaku di Balestier Road menghala ke Thomson Road pada 2.30 petang kelmarin (1 Mac).

Pekerja penghantaran makanan yang menaiki sebuah motosikal itu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar.

Beliau difahamkan mengalami kecederaan di kaki.

Kakak pekerja penghantaran makanan itu, yang dikenali sebagai Cik Julie, memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa adiknya telah memeriksa sebelum menukar ke lorong lain tetapi sebuah kereta tiba-tiba muncul dan berlanggar dengan motosikalnya.

Selepas itu, beliau berkata adiknya tercampak ke jalan raya dan tulang pahanya patah.

Tambahnya, adiknya telah menjalani pembedahan.

"Kami harap saksi kemalangan itu atau sesiapa yang mempunyai rakaman video kemalangan itu dapat tampil ke hadapan supaya kami tahu apa yang berlaku," katanya.

Siasatan polis masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg