Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

90 pekerja, penghuni rumah warga emas diuji negatif Covid-19 selepas bekas pekerja dijangkiti: MOH

Sep 1, 2020 | 12:14 AM
LANGKAH BERJAGA-JAGA: Seramai 90 kakitangan dan penghuni Rumah Penjagaan Warga Tua Lee Ah Mooi di 148A Silat Avenue menjalani ujian Covid-19 dengan hasilnya didapati negatif menyusuli pengesanan kes seorang bekas kakitangan jagaan di rumah itu yang dikenal pasti positif Covid-19 di Filipina pada 30 Ogos. - Foto RUMAH PENJAGAAN WARGA TUA LEE AH MOOI
LANGKAH BERJAGA-JAGA: Seramai 90 kakitangan dan penghuni Rumah Penjagaan Warga Tua Lee Ah Mooi di 148A Silat Avenue menjalani ujian Covid-19 dengan hasilnya didapati negatif menyusuli pengesanan kes seorang bekas kakitangan jagaan di rumah itu yang dikenal pasti positif Covid-19 di Filipina pada 30 Ogos. - Foto RUMAH PENJAGAAN WARGA TUA LEE AH MOOI -

SEBAGAI langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) telah bekerjasama dengan Rumah Penjagaan Warga Tua Lee Ah Mooi di 148A Silat Avenue bagi menjalankan ujian Covid-19 ke atas 90 kakitangan dan penghuninya.

Ini menyusuli berita yang diperolehi bahawa seorang bekas kakitangan di rumah penjagaan tersebut disahkan positif Covid-19 semalam (30 Ogos) di Filipina. Hari terakhir beliau bekerja di rumah penjagaan itu adalah pada 26 Ogos lalu dengan dirinya tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan pernafasan akut ketika itu.

Hasil ujian 90 kakitangan dan penghuni rumah penjagaan warga tua itu bagaimanapun negatif, ujar MOH dalam kenyataannya Isnin malam (31 Ogos).

Dalam satu kenyataan berasingan, AIC menjelaskan Rumah Penjagaan Warga Tua Lee Ah Mooi itu kini tidak membenarkan sebarang kunjungan ke situ sehingga pemberitahuan lanjut. Wad dan beberapa kawasan terjejas di situ sudah dibersihkan dan dinyahjangkit.

Kakitangan rumah tersebut juga akan mempertingkatkan penggunaan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE)

Dalam pada itu, MOH juga menambah kesemua 41 kes jangkitan baru Covid-19 yang dikenal pasti sehingga 12 tengah hari tadi (31 Ogos) tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan. Mereka dikesan menerusi proses pemeriksaan dan pemantauan proaktif MOH.

Daripada tujuh kes import yang dikenal pasti, enam adalah warga Singapura/Penduduk Tetap yang pulang ke Singapura dari India antara 17 Ogos dengan 19 Ogos serta Malaysia pada 17 Ogos. Baki satu kes lagi adalah pemegang permit kerja yang kini bekerja di Singapura dan sampai ke sini dari India pada 19 Ogos. Kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji ketika menjalani SHN di kemudahan khusus.

Tiga kes masyarakat pula melibatkan seorang pemegang pas kerja dan dua pemegang permit kerja yang tiada kaitan dengan kes sebelum ini. Mereka dikesan menerusi Ujian Rutin Yang Dijadualkan buat pekerja dalam sektor binaan, kelautan dan proses yang menetap di luar dormitori.

72 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. 78 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg