Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerjaan haram, pengisytiharan palsu: 27 ahli sindiket ditahan kerana disyaki berkaitan kesalahan pekerjaan

May 20, 2023 | 4:36 PM
DIBERKAS: Sebilangan orang diberkas selain peranti digital yang dirampas dalam operasi dua hari yang dilakukan MOM. - Foto MOM
DIBERKAS: Sebilangan orang diberkas selain peranti digital yang dirampas dalam operasi dua hari yang dilakukan MOM. - Foto MOM -

SERAMAI 27 orang ditahan minggu ini kerana terlibat dalam sindiket yang membawa masuk pekerja asing secara haram ke Singapura. Kesalahan itu termasuk penggajian haram, membuat pengisytiharan palsu dalam permohonan pas kerja dan inflasi kuota pekerja asing sesebuah firma dengan membuat caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) kepada warga Singapura yang tidak bekerja dalam syarikat itu, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu. Dalam satu operasi penguatkuasaan selama dua hari di seluruh pulau yang berakhir pada Rabu, pegawai MOM menyerbu 19 lokasi, termasuk gerai makan, kediaman dan pejabat milik suspek, yang didakwa membawa masuk 290 pekerja asing melalui cara penipuan. Sejumlah 80 peranti digital seperti komputer riba, telefon bimbit dan alat penyimpanan serta rekod pembayaran berjaya dirampas dalam serbuan itu. Siasatan terhadap individu yang ditahan sedang dijalankan, kata MOM. Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), MOM mengesahkan kesemua 27 orang yang ditahan adalah sebahagian satu sindiket. "Sindiket itu membuat sumbangan CPF kepada warga Singapura untuk meningkatkan kuota syarikat 'shell' (syarikat tidak aktif) secara menipu untuk mengambil warga asing. "Rakyat Singapura ini, atau 'pekerja hantu', tidak diambil bekerja oleh syarikat-syarikat ini," kata kementerian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg