Pekerjaan sektor aeroangkasa bertambah, dijangka positif jangka panjang
Premium
Pekerjaan sektor aeroangkasa bertambah, dijangka positif jangka panjang
Feb 19, 2016 | 11:02 AM
Rolls-Royce melancarkan sebuah enjin Trent 1000 barunya di Taman Aeroangkasa Seletar Aerospace tahun lalu. Hampir keseluruhan enjin itu dipasang dan diuji di Seletar. Komponen utamanya - bilah kipas - juga dibuat di Singapura. Gambar fail ST -
SINGAPURA kini mempunyai agihan 10 peratus daripada pasaran penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih aeroangkasa global, dedaj Pemangku Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, pada Khamis (18 Feb).
Bercakap dalam majlis rangkaian JTC di ITE College Central, beliau berkata industri aeroangkasa tempatan berkembang pada kadar purata 8.6 peratus dalam tempoh 20 tahun lalu dan hari ini membentuk kira-kira 1 peratus daripada hasil dalam negara kasar (GDP) Singapura.

