Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelajar 14 tahun gali kubur atas niat kerja amal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar 14 tahun gali kubur atas niat kerja amal

Jan 22, 2024 | 05:56 PM



Masih jelas lagi di benak Nur Muhammad Maatin Abdul Gaffar kali pertama melihat jenazah yang masih cukup sifat selepas menggali semula kubur di Pusara Aman.

Menurut pelajar Sekolah Northlight berusia 14 tahun itu, tidak seperti jenazah lain yang mungkin sudah dimamah bumi dan ada kalanya tinggal tulang sahaja, keadaan jenazah tersebut masih terpelihara.

Masih jelas juga bauan yang berlegar tatkala menembusi lapisan tanah, menandakan dia semakin menghampiri liang lahad.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH) melalui panggilan telefon, anak kedua dalam kalangan empat beradik itu berkata:


“Saya tak boleh jelaskan bau yang ada. Bayangkan perangkap gris barbeku yang sudah bertahun tidak dibersihkan. Baunya lebih kuat daripada perangkap itu.”

Dia mula terlibat dalam aktiviti penggalian sekitar September 2023 atas niat melakukan kerja amal dan alami sendiri jerih payah tukang penggali kubur, katanya.

Apabila ada kelapangan masa, lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah, dia akan meluangkan masanya ke tanah perkuburan tersebut untuk menggali kubur terlibat.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Tik Tok milik akaun Maatin, dia dilihat menggali tanah kubur dengan cangkul pada tengah hari, di bawah sinar matahari yang kelihatan amat terik.







Penglibatan Maatin menjadi semakin rancak semasa tempoh cuti sekolah akhir tahun setelah beliau berada di tapak perkuburan bagi menaburkan bakti hampir setiap hari.

Kubur-kubur yang digalinya adalah sebahagian daripada fasa kelapan program penggalian dan pengebumian semula Tanah Perkuburan Choa Chu Kang yang diselenggara Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk mengatasi keterbatasan ruang di Singapura.

Dalam laporan awal Berita Harian (BH) pada 2021, lebih 17,700 kubur orang Islam di blok 10 hingga 16, 18, 21 dan 22 dijangka terjejas dalam fasa terbaru penggalian – yang dikebumi antara 1990 dan 2003.

“Saya diperkenalkan kepada kegiatan ini oleh pak cik saya. Apabila baru-baru libatkan diri, memang rasa takut tetapi setelah lihat ‘otai’ lain buat dan lakukannya sendiri lama-kelamaan, perasaan takut itu pudar.

“Cabaran terbesar adalah jenis tanah, seperti tanah pasir, dan keadaan cuaca yang tidak menentu,” akur jejaka itu.

Dia berkata sungguhpun ikhlas dalam melakukan kerja-kerja penggalian itu dan tidak mengharapkan apa-apa bayaran, dia diberi wang upah hasil kerja yang dibuat.

Dia tidak mendedahkan jumlah yang diberikan tetapi separuh daripada hasil itu didermakan kepada masjid, katanya.

Sungguhpun tidak lagi melakukan kegiatan itu lagi kerana ingin tumpukan sepenuhnya pada persekolahan dan sukan tinju – dia telah melibatkan diri dalam sukan itu sejak berusia 4 tahun – pengalaman sedemikian banyak membuka matanya.

“Meskipun terik atau hujan, tukang kubur ini tetap menjalankan tugas. Jadi nilai (kerja keras) ini akan saya terapkan (dalam diri),” jelas Maatin, yang menyimpan cita-cita untuk mewakili Singapura dalam sukan tinju bagi temasya Olimpik pada masa hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >