Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar ancam kakitangan sekolah hadapi tindakan disiplin

Aug 26, 2022 | 5:30 AM
Jamal Abdillah
Jamal Abdillah - ESPLANADE - THEATRES ON THE BAY

SEORANG pelajar Sekolah Menengah St Andrew's di dalam video tular yang menunjukkannya berhadapan seorang kakitangan sekolah, telah di disiplin menurut sekolah itu.

Dalam satu kenyataan dari sekolah itu kelmarin, ia menyatakan:

"Kami mengambil berat ke atas tingkah laku yang tidak sopan terhadap kakitangan kami dan pelajar itu telah dikenakan tindakan disiplin.

"Kami juga telah berhubung dengan ibu bapa pelajar itu, dan akan bekerja rapat dengan mereka untuk memberikan nasihat dan bimbingan kepadanya."

Di dalam video dalam talian 56 saat itu, pelajar itu boleh kelihatan berhadapan dengan seorang lelaki di satu ruang yang kelihatan seperti bilik darjah.

Video yang terdiri daripada empat klip yang telah dicantumkan sebagai satu, boleh kelihatan para pelajar lain yang melihat kejadian itu.

Video itu bermula dengan seorang kakitangan sedang menunjuk ke arah pelajar itu sambil memberitahu pelajar itu untuk berhenti memarahinya.

Pelajar itu kemudian dilihat menarik turun pelitup mulutnya dan menjawab:"Apa yang boleh anda lakukan?"

Kedua-dua mengulangi lagi pertengkaran mereka sebelum kakitangan itu dilihat berteriak kepada pelajar itu: "Jangan menggunakan perkataan empat-huruf ke atas saya."

Pelajar itu menunjuk ke arah guru itu dan menyuruhnya untuk "mendapatkan kehidupan dahulu (get a bloody life first)" sebelum berjalan keluar.

Boleh kedengaran beberapa orang yang tertawa di latar belakang video itu dan sekurang-kurangnya seorang berkata "Gaduh, gaduh".

Klip seterusnya menunjukkan pelajar itu menunjuk ke arah kakitangan itu, dengan tangan lagi satunya memegang lengan baju kakitangan itu.

Kakitangan itu dilihat berteriak kepada pelajar itu untuk jangan menyentuhnya.

Pelajar itu kemudian menyuruh kakitangan itu untuk melihat mulutnya dan berkata "Saya akan menamatkan kehidupan anda sekarang."

Apabila kakitangan itu memberitahu pelajar itu sekali lagi supaya jangan menyentuhnya, pelajar itu berkata "Tutup mulut anda".

Seorang lagi lelaki juga boleh dilihat di dalam video itu sedang cuba untuk memisahkan kedua-dua kakitangan dan pelajar itu.

Ia tidak diketahui bila video itu telah dirakamkan dan ia kini mempunyai lebih 84,000 tontonan di Facebook dan lebih 2,000 like di Instagram.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg