PELAJAR Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur Stanley Richards sebelum ini berfikir beliau hanya memerlukan bahasa Inggeris.

Namun, Forum Bahasa Melayu anjuran Berita Harian (BH) kelmarin membuka matanya kepada potensi keupayaan bertutur dalam pelbagai bahasa, terutama sekali di rantau ini, yang rencam dan kaya dengan budaya.