Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelajar bukti masuk ITE bukan sebab 'gagal'
Premium
Pelajar bukti masuk ITE bukan sebab 'gagal'
Bakat mereka terus digilap setelah menyertai Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) 2016 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tiga pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Singapura ini dapat mempertingkat kemahiran mereka dalam bidang masing-masing ketika bersaing dengan peserta daripada sembilan negara. Mereka tidak membiarkan perasaan gementar mematahkan semangat masing-masing. Sebaliknya ia mendorong mereka memberikan persembahan kemahiran yang cemerlang. FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg) melaporkan.
Pelajar bukti masuk ITE bukan sebab 'gagal'
PENUH FOKUS: Cik Zahirah beraksi di Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) 2016, menyediakan minuman untuk pelanggan, dalam kategori khidmat restoran. - Foto ITE -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 17, 2016 | 5:30 AM
STIGMA sosial yang dikaitkan dengan pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) ternyata sama sekali tidak benar.
Cik Zahirah Zainol, 18 tahun, pelajar ITE Kolej Barat, bertekad memadamkan stigma 'gagal' menyusuli kemasukan pelajar ke ITE.
