Premium
Pelajar cipta mainan tangani masalah buli
Mar 22, 2016 | 5:30 AM
TEBAR PESANAN SOSIAL: Cik Nur Syifaa menghasilkan mainan berpapan yang bertujuan mengekang gejala buli dan memberikan takrifan lebih meluas tentang senario menggugat emosi orang lain. - Foto TUKIMAN WARJI -
HATI Cik Nur Syifaa Umairah Abu Bakar mudah tersentuh setiap kali terdengar kisah kanak-kanak atau remaja yang dibuli teman sebaya.
Kes buli kini bukan setakat berlaku dengan si tukang buli mendera secara fizikal atau mencederakan mangsa malang itu.

