Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar dilantik Pejuang Keharmonian

Feb 27, 2023 | 5:30 AM
- Foto ST
- Foto ST -

HAMPIR 80 pelajar institusi pengajian tinggi dan mahasiswa universiti dilantik Pejuang Keharmonian sebagai sebahagian Program Pejuang Keharmonian Yayasan Temasek-Roses of Peace di Istana pada Ahad.

Presiden Halimah Yacob (tengah) menyampaikan sijil pelantikan kepada pelajar tersebut bersama pengasas dan presiden Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali (kanan) dan ketua program Yayasan Temasek, Encik Lim Hock Chuan (kiri).

Mereka termasuk dari Politeknik Republic dan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Antara mereka ialah Cik Nur Zahrah Yuko Yacob Hussain, 22 tahun, yang mewakili Kumpulan Keharmonian Siglap.

"Ia adalah satu penghormatan kerana tidak semua orang diberikan peluang untuk keluar dari zon selesa mereka dan menjadi pemimpin untuk berbual tentang isu kaum dan agama di Singapura.

"Ia juga peluang baik untuk kami mempelajari latar belakang dan sejarah bangsa lain," tambah mahasiswi tahun ketiga jurusan kejururawatan di NUS itu.

Program Pejuang Keharmonian Yayasan Temasek-Roses of Peace akan memainkan peranan aktif dalam membina jambatan merentasi dan di dalam masyarakat etnik dan kepercayaan berbeza, di samping memperjuangkan inisiatif memupuk keamanan di kampus masing-masing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg