Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelajar dilatih tangani kes serangan jantung
Doktor bukan, paramedik pun bukan...

PERNAH SELAMATKAN NYAWA: Muhammad Luqman, antara peserta program latihan menyelamatkan nyawa DARE, pernah terlibat dalam usaha menyelamatkan nyawa wanita berusia 85 tahun yang terkena serangan jantung. - Foto SHAKIR SAIFUDDIN
Sep 22, 2016 | 5:30 AM
Pelajar dilatih tangani kes serangan jantung
SEKALI pandang beliau tampak seperti pelajar sekolah yang seakan tidak tahu-menahu apa-apa perihal rawatan.
Namun Muhammad Luqman Abdul Rahman, pelajar Maktab Rendah Temasek berusia 17 tahun, sebenarnya sudah 10 kali bergegas ke tempat mangsa serangan jantung untuk membantu menyelamatkan nyawa meskipun kadangkala dengan berpakaian seragam sekolah dan beg disandang di bahu.