Pelajar, guru Sekolah Menengah Riverside sedia juadah berbuka Masjid Darul Makmur
Premium
Pelajar, guru Sekolah Menengah Riverside sedia juadah berbuka Masjid Darul Makmur
May 28, 2019 | 5:30 AM
PUPUK HARMONI: Pelajar Elis Ong dari Sekolah Menengah Riverside (kiri) bersama rakan membantu menyiapkan juadah buka puasa di Masjid Darul Makmur Jumaat lalu. Mereka ditemani pengurus masjid tersebut, Ustaz Ruhaizan Abdullah (bersongkok), dan guru Sekolah Menengah Riverside, Encik Muhammad Hafiz Said (kanan). - Foto ihsan NUR INDAH MD YUSOFF -
SEMANGAT Ramadan terpancar baru-baru ini apabila sekumpulan pelajar berbilang bangsa berserta guru turun ke Masjid Darul Makmur, Yishun, untuk bergotong-royong menyiapkan juadah berbuka puasa.
Selama empat hari berturut-turut, pelajar dan guru Sekolah Menengah Riverside itu datang selepas asar.

