Premium
Pelajar ITE raih anugerah dek cintakan alam sekitar
Apr 8, 2016 | 5:30 AM
BELIA HARAPAN: Encik Mohd Adam Shah Asri (tiga dari kanan) memenangi Anugerah Alam Sekitar Belia HSBC dan Program Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan (NYAA) atas kepimpinan, sumbangan dan komitmen beliau terhadap alam sekitar. Turut bersamanya (dari kiri) ialah pengetua ITE-nya, Dr Goh Mong Song; Encik Masagos; Encik Guy Harvey-Samuel; Pengerusi NYAA, Profesor Leo Tan; dan Pengarah Eksekutif NYAA, Encik James Soh. - Foto M.O. SALLEH -
SEORANG pemuda yang cintakan alam sekitar, tanam-tanaman dan haiwan, Encik Mohd Adam Shah Asri, 18 tahun, telah memenangi Anugerah Alam Sekitar Belia HSBC dan Program Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan (NYAA) semalam.
Dalam satu majlis di Taman Labrador, anugerah itu disampaikan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Singapura, Encik Guy Harvey-Samuel.

