Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar kenali kerjaya bidang kewartawanan dalam lawatan ke bilik berita BH

Nov 14, 2024 | 3:46 PM
Murid-murid mendengar pengalaman Koresponden Kanan BH, Encik Farid Hamzah, membuat laporan berita di luar negara termasuk meliputi bencana tsunami di Aceh pada 2004.
Murid-murid mendengar pengalaman Koresponden Kanan BH, Encik Farid Hamzah, membuat laporan berita di luar negara termasuk meliputi bencana tsunami di Aceh pada 2004. - Foto BH

Murid-murid Sekolah Rendah Clementi berpeluang mempelajari selok- belok bidang kewartawanan di Bilik Berita Berita Harian (BH).

Seramai 27 murid sekolah itu meluangkan masa melawat bilik berita pada 12 November lalu.

Mereka, yang ditemani tiga guru, turut mengikuti bengkel kewartawanan di samping menemui beberapa kakitangan BH.

Antara mereka, termasuk anggota Kelab Media sekolah itu, yang menghabiskan masa sekitar dua setengah jam mengikuti program lawatan pembelajaran.

Pelajar-pelajar diajar prinsip asas kewartawanan, cara-cara menulis artikel dan aspek berita yang lain. 

Pelajar juga dibawa ke bilik berita untuk belajar lebih lanjut tentang pekerjaan yang berbeza dalam bidang kewartawanan seperti wartawan, wartawan media sosial, pereka visual dan penyunting untuk tingkatkan  pengetahuan tentang industri media.

Arfa Safwah Muhammad Aidil, seorang murid darjah 5, berkata:

“Dari program ini, saya boleh belajar lebih banyak tentang penerbitan surat khabar dan media sosial. Sebelum ini, saya hanya dapat membaca akhbar pelajar BH, Gen G, semasa dalam kelas bahasa Melayu.’’

Nur Arya Syahada, pelajar darjah 5 berkongsi: “Saya cukup berminat menjadi pempengaruh dan blogger makanan. Oleh itu, lawatan ini menarik perhatian saya.”

Seorang guru Bahasa Inggeris dan Pengajian Sosial dari sekolah itu, Cikgu Ros Leila Baharudin, berkata:

“Saya rasa terharu mendapat peluang ini untuk murid-murid saya. Mereka dapat tingkatkan ilmu dalam bidang kewartawanan yang dapat membantu mereka dalam pelbagai aspek di sekolah.’’

Beliau berkongsi bahawa program ini amat berguna kepada murid-muridnya kerana maklumat yang dikongsi boleh membantu membuka minda mereka mengenai peluang kerjaya dalam bidang kewartawanan di masa hadapan.

Murid-murid juga boleh berkongsi apa yang telah dipelajari dengan rakan-rakan mereka yang tidak menghadiri lawatan itu.

Cikgu Ros berharap program ini boleh membantu meningkatkan kemahiran kognitif dan pemikiran kritikal supaya murid-murid boleh membuat keputusan dengan lebih baik di masa hadapan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg