Pelajar madrasah raih 8 agregat, azam jadi saintis
Premium
Pelajar madrasah raih 8 agregat, azam jadi saintis
Jan 14, 2020 | 5:30 AM
Pelajar madrasah raih 8 agregat, azam jadi saintis
TEKAD BERUSAHA: Pelajar Madrasah Al-Arabiah, Nur Dayyinah Aqilah dan bapanya, Mohammad Rizal Ismail, seorang kakitangan awam, mahu menunjukkan bahawa pelajar madrasah juga mampu meraih kecemerlangan dan menjadi saintis. - Foto BH oleh AZMI ATHNI -
IMPIAN untuk menjadi seorang saintis terus membara dalam diri pelajar 16 tahun, Nur Dayyinah Aqilah Mohammad Rizal, sejak beliau menetapkan cita-cita sedemikian di sekolah rendah dahulu.
Meski dibesarkan oleh bapanya seorang diri sejak kematian ibunya akibat barah payu dara, ia tidak pernah mematahkan semangat anak muda ini untuk terus mengejar kerjaya yang diimpikannya.

