Premium
Pelajar MLEP tidak jadi guru Bahasa Melayu saja
Apr 30, 2018 | 5:30 AM
MAHIR DWIBAHASA: Pelajar Muhammad Syakir Moharum (tengah, tiga dari kiri) melihat penglibatannya dalam MLEP mampu terus memperkukuh kebolehannya berkomunikasi dalam kededua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik. Beliau dilihat sedang beraksi semasa pementasan akhir Tepuk Amai-Amai. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL -
RAMAI yang beranggapan bahawa pelajar yang mengikuti Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) selalunya akan menjadi guru bahasa Melayu.
Inilah salah tanggapan kebanyakan pelajar, menurut pemegang biasiswa MLEP, Encik Muhammad Syakir Moharum, 18 tahun, yang mengikuti program tersebut di Maktab Rendah Pioneer.

