Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar NUS ditangkap kerana cabul kehormatan wanita dalam MRT

Sep 18, 2018 | 1:57 PM
DISYAKI CABUL KEHORMATAN: Suspek didakwa mula menyasar mangsa dalam kereta api di Laluan Timur Laut (NEL).
DISYAKI CABUL KEHORMATAN: Suspek didakwa mula menyasar mangsa dalam kereta api di Laluan Timur Laut (NEL). - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SEORANG pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) telah ditangkap kerana disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di stesen MRT Serangoon Rabu lalu (12 September).

Pelajar berusia 23 tahun itu didakwa mula menyasar wanita berusia 28 tahun itu dalam kereta api di Laluan Timur Laut (NEL).

Menurut akhbar The New Paper, mangsa yang dikenal pasti sebagai Cik Karmen Siew itu berkata beliau telah menaiki kereta api tersebut di stesen MRT Punggol sekitar 11.20 malam.

Menurutnya, lelaki yang duduk sebelahnya mula meraba pahanya.

Meskipun terkejut, Cik Siew turut terfikir sama ada lelaki itu tidak sengaja melakukan demikian.

Namun selepas beliau bergerak sedikit agar ruang antara mereka lebih besar, Cik Siew berkata lelaki itu meraba pahanya lagi.

Beliau kemudian berdiri dan duduk di tempat lain.

Apabila beliau turun di stesen Serangoon, Cik Siew berkata lelaki itu juga turun dan mengekorinya.

Semasa menaiki tangga bergerak, wanita itu berkata beliau rasa lelaki itu meraba kakinya dari belakang.

Cik Siew kemudian memberitahu kakitangan di bilik kawalan stesen MRT itu.

Beliau turut membuat laporan polis dan berkongsi pengalamannya di laman Facebook.

Polis berkata lelaki tersebut ditangkap di Hougang Avenue 5 kelmarin (16 September).

Siasatan masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg