Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar NUS maut apabila jatuh selepas cuba masuk dari tingkap bilik asrama

Nov 2, 2017 | 2:48 PM
-

SEORANG pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) maut apabila terjatuh dari tingkat tujuh ketika cuba untuk memasuki bilik asramanya menerusi tingkap.

Akhbar The New Paper (TNP) difahamkan mahasiswi tahun pertama itu jatuh selepas memanjat keluar dari tingkap berdekatan untuk memasuki tingkap bilik asramanya di tingkat tujuh.

Tragedi itu berlaku pada Sabtu lalu di asrama Sheares Hall Blok C yang setinggi lapan tingkat.

Pelajar asal Korea Selatan 18 tahun itu dikatakan terlupa kad matrikulasinya ketika keluar bilik.

Kad matrikulasi perlu digunakan bagi memasuki bilik asrama.

Tidak diketahui jika keluarganya tinggal di Singapura.

Seorang jurucakap polis memberitahu TNP bahawa mereka diberitahu tentang kes itu sekitar 11.40 pagi pada hari Sabtu lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg