Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar perempuan ditangkap polis selepas serang pelajar lain di ITE Kolej Barat

Feb 23, 2019 | 2:51 PM
SENGAJA SEBABKAN KECEDERAAN: Polis dimaklumkan tentang satu kes sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat pada 21 Februari 2019.
SENGAJA SEBABKAN KECEDERAAN: Polis dimaklumkan tentang satu kes sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat pada 21 Februari 2019. - Foto GOOGLE MAPS

GARA-GARA berkelahi, seorang pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat kelmarin (21 Februari) ditangkap polis, manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH).

Menurut polis, mereka dimaklumkan mengenai satu kejadian sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya di kampus di Choa Chu Kang Grove itu pada 1.57 petang.

Menerusi laman Facebook semalam, Pengetua ITE Kolej Barat, Dr Goh Mong Song, mengesahkan bahawa kedua-dua pelajar berusia 17 tahun yang terlibat dalam kejadian itu merupakan pelajar kolej tersebut.

Dr Goh berkata pelajar yang dibawa ke hospital itu dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama.

"Kami memandang serius hal ini dan tidak boleh menerima kelakuan sedemikian.

"Pelakunya akan digantung sekolah," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg