Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar Politeknik S'pura didakwa ambil video wanita di tandas sekolah

Mar 5, 2020 | 4:07 PM
- Foto: Fail.
- Foto: Fail. -

SEORANG pelajar dari Politeknik Singapura (SP) telah hadir di mahkamah pada Khamis (5 Mac) setelah didakwa mengambil video seorang wanita sewaktu menggunakan tandas kampus dengan menggunakan telefon bimbit.

Chan Wei Lun, 20 tahun, didakwa atas satu tuduhan mencabul kehormatan wanita itu, lapor The Straits Times (ST).

Dia dipercayai telah mengambil video itu di sebuah tandas di SP pada 1.30 petang, 14 Ogos tahun lalu.

Dalam satu kenyataan oleh SP, ia berkata Chan telah digantung daripada sekolah sambil menambah bahawa sesi kaunseling ditawarkan kepada pelajar itu dan mangsanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg