Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar Politeknik S’pura sertai acara tanam pokok

Nov 14, 2023 | 5:30 AM
MESRA ALAM: Timbalan Pengarah Kanan, Kluster Kejuruteraan, Politeknik Singapura, Encik Chong Chee Wei (kiri)  bersama Encik Waiz Zul’Mateen  Mohamad Yusri (tengah), seorang renjer hijau SP yang berusia 18 tahun, semasa Hari Tanam Pokok di SP pada 21 Oktober.
MESRA ALAM: Timbalan Pengarah Kanan, Kluster Kejuruteraan, Politeknik Singapura, Encik Chong Chee Wei (kiri) bersama Encik Waiz Zul’Mateen Mohamad Yusri (tengah), seorang renjer hijau SP yang berusia 18 tahun, semasa Hari Tanam Pokok di SP pada 21 Oktober. - Foto SP

Encik Waiz Zul’Mateen Mohamad Yusri, seorang pelajar Politeknik Singapura (SP) berusia 18 tahun yang sedang mengejar Diploma Kejuruteraan Dengan Perniagaan, berhasrat membina masa depan yang mampan untuk Singapura.

Beliau juga mahu mengambil bahagian dalam lebih banyak inisiatif yang diterajui pelajar.

Encik Waiz Zul’Mateen merupakan salah seorang daripada 100 renjer hijau SP, yang telah dilatih oleh Lembaga Taman Negara (NParks) untuk membantu dalam acara penanaman pokok.

Beliau antara 50 pelajar SP menanam 24 pokok di sebelah trek berhampiran dengan Kompleks Khoo Kay Chai, di Dover Road, pada 21 Oktober bagi menyokong gerakan menanam sejuta pokok di Singapura.

Majlis itu turut dihadiri oleh tetamu terhormat, Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg