Pelajar poly anggap diri ibarat jambatan, pikat belia sebaya dekati masjid
Pelajar poly anggap diri ibarat jambatan, pikat belia sebaya dekati masjid
Pengerusi kumpulan sayap belia Masjid Yusof Ishak usaha dengar luahan hati, pengalaman remaja
Apr 1, 2026 | 5:21 PM
Pelajar poly anggap diri ibarat jambatan, pikat belia sebaya dekati masjid
Pengerusi kumpulan sayap belia Masjid Yusof Ishak, Encik Izzat Zafran Sofyean (kanan), menyedari ramai belia menghadapi cabaran serupa dalam memegang teguh kepada agama dalam kehidupan seperti yang pernah beliau lalui dahulu. Justeru, beliau bercita-cita menjadi pembangkit semangat yang menghubungkan belia kepada sumber sokongan yang betul. - Foto MASJID YUSOF ISHAK
Saat dirinya menyedari cabaran serupa yang dihadapi belia dalam memegang teguh kepada agama sepanjang kehidupan, Encik Izzat Zafran Sofyean, menetapkan matlamat untuk menjadi penyalur dan pembangkit semangat yang menghubungkan golongan belia kepada sumber sokongan yang betul.
Sejak dilantik sebagai pengerusi kumpulan sayap belia Masjid Yusof Ishak di 10 Woodlands Drive 17 pada Februari 2026, Encik Izzat, 18 tahun, menitikberatkan kepentingan untuk mendekati belia sebaya dengan cara yang lebih peribadi dan mampu dikaitkan dengan kehidupan rakan-rakannya.
Laporan berkaitan
Jururawat manfaat masjid sebagai ruang perkasa diri, beri semangat kepada belia wanitaApr 1, 2026 | 4:56 PM
Lebih ramai imam muda kini pimpin tarawih di masjidMar 6, 2026 | 5:05 PM


