Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar reka bentuk Politeknik Temasek berpeluang teroka AI di studio eksperimen

Jan 9, 2024 | 5:30 AM
PERTINGKAT PENDIDIKAN: Pelajar Diploma Reka Bentuk Pakaian dan Perdagangan di Politeknik Temasek, Cik Ho Swee Chin, kini berpeluang meneroka kecerdasan buatan (AI) dalam kurikulumnya di Studio Eksperimen Digital Interaktif dengan AI (Ideas) politeknik itu, yang dilancarkan pada 3 Januari.
PERTINGKAT PENDIDIKAN: Pelajar Diploma Reka Bentuk Pakaian dan Perdagangan di Politeknik Temasek, Cik Ho Swee Chin, kini berpeluang meneroka kecerdasan buatan (AI) dalam kurikulumnya di Studio Eksperimen Digital Interaktif dengan AI (Ideas) politeknik itu, yang dilancarkan pada 3 Januari. - Foto TP

Pelajar reka bentuk di Politeknik Temasek (TP) kini mempunyai peluang baru untuk meneroka kecerdasan buatan (AI) dalam kurikulum mereka di studio reka bentuk baru yang menyepadukan teknologi AI.

Studio Eksperimen Digital Interaktif dengan AI (Ideas) itu dilancarkan pada 3 Januari dan merupakan studio reka bentuk eksperimen pertama Singapura dalam institusi pendidikan yang memberi tumpuan pada AI generatif.

AI generatif mengacu pada penggunaan AI untuk menghasilkan kandungan baru, seperti teks, gambar, muzik, audio, dan video.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada Pelan Pendigitalannya, TP bersedia untuk meningkatkan prasarana dan ketersambungan digitalnya pada 2024 dengan menjadi institut pengajian tinggi pertama di Singapura yang menyediakan khidmat Wi-Fi 6E dengan kerjasama Cisco.

“Walaupun perdebatan mengenai penggunaan AI berterusan di seluruh dunia pada hari ini, Sekolah Reka Bentuk TP percaya bahawa penggunaan AI generatif akan menjadi alat reka bentuk penting yang akan menambah kreativiti manusia, bukan menggantikannya.

“Kami percaya dalam memastikan pelajar kami mendapat maklumat terbaharu tentang perkembangan terkini dalam dunia teknologi dan mendakap konsep AI dalam reka bentuk.

“Ini juga sejajar dengan Strategi AI Nasional Singapura, yang bertujuan untuk mengembangkan penggunaan AI dalam sektor pendidikan,” kata Pengarah, Sekolah Reka Bentuk TP, Cik Elaine Ho.

TP juga melatih kakitangan dan pelajar di seluruh institusi itu serta pertubuhan luar dalam AI.

Pelawat telah berpeluang mengunjungi studio tersebut semasa Rumah Terbuka TP pada 4 hingga 6 Januari dan melihat bagaimana teknologi AI generatif telah disepadukan ke dalam strategi pendidikan TP.

Sekolah itu juga telah bekerjasama dengan pemimpin industri seperti Adobe dan firma reka bentuk tempatan Stuck Design untuk menerapkan teknologi canggih ke dalam studionya.

Ideas akan menyokong penggunaan AI generatif dalam pembangunan kurikulum dan kerja projek reka bentuk.

Sebagai contoh, 90 peratus daripada subjek Inovasi Digital dalam Diploma Reka Bentuk Komunikasi di politeknik itu dibangunkan dengan bantuan ChatGPT.

Untuk meningkatkan lagi keupayaan pelajar, TP akan menawarkan mereka lesen untuk produk Adobe dengan ciri AI generatif dan akses kepada Hypersketch, iaitu aplikasi AI generatif daripada Stuck Design.

Lebih 25 pelajar daripada pelbagai disiplin reka bentuk menyertai kumpulan minat pelajar DES X AI mengambil bahagian dalam bengkel AI dan projek reka bentuk antarabangsa bertajuk ‘Designer Unknown: Exploring Creative Horizons with AI’ (Pereka Tidak Diketahui: Meneroka Ufuk Kreatif dengan AI).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg