Pelajar 'sederhana' dari ITE Kolej Barat tidak sangka ke final
Premium
Pelajar 'sederhana' dari ITE Kolej Barat tidak sangka ke final
Jan 26, 2017 | 5:30 AM
KEJAYAAN YANG TIDAK DISANGKA: (Dari kiri) Encik Hanaffie Bakri, Encik Muhammad Faruq Jumadi, Encik Mohammad Fitri Mohd Ridwi dan Encik Adam Muhammad Harith Zakba, kumpulan daripada ITE Kolej Barat bersama projek mereka tentang isu berhubung pergerakan pelajar dan pengangkutan bas awam. - Foto NUR HUMAIRA SAJAT -
WALAUPUN mereka dikategorikan sebagai pelajar sederhana, kumpulan daripada Institut Pendikan Teknikal (ITE) Kolej Barat berjaya memecah benteng psikologi dan membuktikan bahawa mereka juga mampu bersaing.
Pelajar yang kesemuanya berumur 18 tahun itu sependapat bahawa peluang ke peringkat akhir Cabaran Big Data sudah pun menjadi satu kemenangan bagi mereka meskipun mereka meraih tempat keenam dalam kategori maktab rendah/ politeknik/ITE.

