MASA tugas yang fleksibel membuat Encik Abdul Khidir Abdul Rahim, 26 tahun, tertarik bekerja sebagai pemandu sambilan dengan firma khidmat kereta sewa privet.

Kebebasan menentukan masa bekerja penting baginya, lebih-lebih lagi beliau perlu mengimbangi masa antara bekerja dengan menghadiri kelas untuk kursus diplomanya.