Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar S'pura terbaik dalam Matematik, Sains dalam kajian antarabangsa

Dec 9, 2020 | 5:30 AM
7a32f44d-7651-491c-b50e-6062a4d988d0
-

PELAJAR Singapura telah mencapai kedudukan tertinggi bagi mata pelajaran Matematik dan Sains buat edisi kedua secara berturut-turut dalam satu kajian antarabangsa.

Ini menurut laporan terkini Kajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) yang dilaksanakan sekali dalam setiap empat tahun yang menilai pelajar di peringkat gred empat dan lapan, iaitu Darjah Empat dan Menengah Dua di sini.

Keputusan kajian tersebut bagi edisi 2019 itu telah dikeluarkan semalam, lapor The Straits Times (ST).

Keputusan kajian itu telah pun ditadbirkan oleh Persatuan Antarabangsa bagi Penilaian Pencapaian Pendidikan, iaitu sebuah badan kajian kerjasama bukan mencari keuntungan dari Amsterdam.

Bagi kededua peringkat tersebut dan kededua subjek berkenaan, pelajar Singapura telah mencapai kedudukan tertinggi pada 2019, mengatasi pelajar dari negara lain seperti Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.

Ini merupakan kali ketiga pelajar di sini telah mencapai kedudukan tersebut dalam senarai bagi kesemua kategori dalam kajian itu sejak ia dimulakan pada 1995. Sebelum ini, Singapura telah mencapai kedudukan tertinggi itu pada 2015 dan 2003.

Kajian bagi 2019 turut menilai sebanyak 72 sistem pendidikan di mana sistem pendidikan Singapura telah diwakili oleh seramai 5,990 pelajar Darjah Empat dari kesemua 186 sekolah rendah awam dan seramai 4,850 pelajar menengah dua dari kesemua 152 sekolah menengah awam.

Kesemua pelajar tersebut telah dipilih secara rambang, kata Kementerian Pendidikan (MOE).

Sekitar 330,000 pelajar gred empat dari serata dunia telah menyertai kajian ini bersama dengan lagi 250,000 pelajar gred lapan, atau menengah dua di sini.

Menurut ST, pelajar dari China yang telah mencapai kedudukan pertama dalam Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) pada 2018, dan telah mengatasi pelajar Singapura, tidak terlibat dalam kajian Timss ini.

Sedang Timss memantau kefahaman, amalan dan pemikiran pelajar dalam Matematik dan Sains setiap empat tahun, Pisa pula menilai keupayaan murid berusia 15 tahun dalam mengamalkan pelajaran yang telah diperolehi serta kemahiran dalam memahami Matematik dan Sains.

Ini termasuk kebolehan mereka dalam mencari huraian bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi sebenar dengan menggunakan kemahiran tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg