Topic followed successfully
Go to BHkuPelajar terbaik RP bantu pekerja migran lumpuh pulang ke Bangladesh
Pelajar terbaik RP bantu pekerja migran lumpuh pulang ke Bangladesh
May 11, 2026 | 5:30 AM
Pelajar terbaik RP bantu pekerja migran lumpuh pulang ke Bangladesh
Encik Nasiruddin Mohd Rafiq (tengah), menamatkan pengajian di Politeknik Republic (RP) sebagai pelajar terbaik kohortnya bagi Diploma Pengurusan dan Penggalakan Kesihatan. Beliau bergambar bersama ibu bapanya, Encik Mohd Rafiq Abdul Rahim, dan Cik Ratina Maideen Sahib, yang menjadi tonggak sokongan kuat sepanjang perjalanannya. - Foto RP
Pada 2025, seorang pekerja migran warga Bangladesh lumpuh dari paras leher ke bawah akibat kemalangan di tempat kerja, sehingga dikhuatiri tidak mampu duduk sepanjang penerbangan pulang ke kampung halamannya.
Atas rasa ihsan, Encik Nasiruddin Mohd Rafiq, yang ketika itu sedang menjalani latihan bekerja sambil belajar sebagai pembantu fisioterapi di Hospital Universiti Nasional (NUH), meluangkan masa selama enam bulan untuk membantunya mendapatkan semula keupayaan duduk, mengimbangi badan serta bergerak dengan bantuan alat sokongan.
Laporan berkaitan
Lulusan terbaik RP pernah ditolak beberapa sekolah menengah S’puraMay 11, 2026 | 5:30 AM
Hampir putus asa, kini galas tugas pengurus sejurus tamat pengajianMay 11, 2026 | 5:30 AM

