Sekitar 30 pelajar menengah dari Sekolah Menengah Pasir Ris Crest diberi peluang mempelajari selok-belok menjadi seorang ‘podcaster’ atau mengelolakan audio siar atau podcast sendiri dalam satu bengkel yang dianjurkan akhbar pelajar, Gen G Berita Harian (BH) pada 17 Mei.
Antara yang dipelajari termasuk menghasilkan kandungan podcast sendiri secara berstruktur selain panduan menulis skrip podcast yang baik.
Di samping itu pelajar juga diajar tentang aspek teknikal berkaitan podcast agar lebih mahir mengendalikannya.
Ini termasuk alat-alat yang digunakan dalam rakaman serta sofwe yang boleh digunakan dalam menyunting audio podcast.
Lebih menarik lagi mereka juga berpeluang menggunakan alat-alat yang biasanya digunakan kumpulan podcast No Tapis BH untuk merakamkan podcast mereka sendiri.
Bengkel podcast selama dua jam itu dijalankan Koresponden BH, Cik Siti Aisyah Nordin.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg