Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelbagai pilihan rekreasi jadikan SG bandar menarik sokong warga aktif

Jun 8, 2022 | 5:30 AM
RANCANG BANGUNKAN PULAU SELATAN: Pihak berkuasa berkata ia akan meneroka lebih lanjut untuk membangunkan Pulau Selatan sebagai destinasi pulau tropika, antaranya Bendera Bay di Pulau St John yang merupakan sebahagian Southern Islands. - Foto fail
RANCANG BANGUNKAN PULAU SELATAN: Pihak berkuasa berkata ia akan meneroka lebih lanjut untuk membangunkan Pulau Selatan sebagai destinasi pulau tropika, antaranya Bendera Bay di Pulau St John yang merupakan sebahagian Southern Islands. - Foto fail -

DALAM beberapa dekad akan datang, Sentosa dan Pulau Brani, dengan daya tarikannya akan diubah menjadi destinasi yang menawarkan pilihan pelancongan dan tempat santai.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyediakan lebih banyak ruang rekreasi dengan lebih baik, pihak berkuasa sedang meneroka lebih banyak reka bentuk bagi sekolah baru atau yang dinaik taraf untuk menyediakan ruang sosial dan masyarakat yang lebih pelbagai.

Ini merupakan penambahbaikan kepada Skim Dwi Guna yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan sukan di sekolah.

Misalnya, kawasan yang kurang digunakan seperti bumbung dan tempat letak kereta bertingkat boleh dijadikan taman masyarakat, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Ia juga akan bekerjasama lebih rapat dengan masyarakat untuk meneroka peluang mewujudkan ruang rekreasi dalam estet perumahan seperti di kolong blok dan taman permainan.

"Perancangan untuk pelbagai pilihan rekreasi kekal menjadi keutamaan untuk menjadikan Singapura sebuah bandar menarik yang menyokong warganegara yang aktif dan rapat.

"Kami akan terus mendekatkan ruang rekreasi dengan rumah dan mewujudkan lebih banyak tarikan untuk dinikmati warga Singapura dan pengunjung," kata pihak berkuasa itu.

Menurut URA, ia akan memanfaatkan rangkaian ruang hijau, badan perairan (waterbodies) dan kawasan pantai di seluruh negara untuk menyediakan lebih banyak rekreasi berasaskan alam semula jadi kepada penduduk di sini.

Dalam pada itu, sejajar dengan maklum balas yang diberikan warga Singapura, URA juga akan meneroka lebih lanjut untuk membangunkan Pulau Selatan sebagai destinasi pulau tropika dalam jangka masa lebih panjang.

"Sebagai permulaan, sebahagian daripada Pulau Selatan boleh diajadikan perintis konsep rekreasi dan pelancongan baru, termasuk perjalanan pembelajaran alam semula jadi dan warisan, serta eko-penginapan dan aktiviti riadah berimpak rendah," jelas URA.

Malah, perancangan sudah pun dibuat untuk meluaskan resort bersepadu, Mandai Wildlife Reserve yang baru dan pembangunan pelancongan di Daerah Tasik Jurong.

"Banyak mercu tanda ikonik juga akan diberi nafas baru, seperti Daerah Kuasa Pasir Panjang, yang menawarkan kemungkinan menarik diubah menjadi destinasi menarik di sepanjang pantai selatan, sebagai sebahagian daripada Greater Southern Waterfront," tambah URA.

"Perancangan untuk pelbagai pilihan rekreasi kekal menjadi keutamaan untuk menjadikan Singapura sebuah bandar menarik yang menyokong warganegara yang aktif dan rapat. Kami akan terus mendekatkan ruang rekreasi dengan rumah dan mewujudkan lebih banyak tarikan untuk dinikmati warga Singapura dan pengunjung.'' - URA

RANCANGAN TAWARAN REKREASI

  1. Membawa alam semula jadi lebih dekat dengan pendudu
  2. Taman, kawasan hijau di estet perumahan- Kebun masyarakatl Tambah ruang permainan bersama penduduk - Kenal pasti peluang membentuk ruang rekreasi dalam estet perumahan seperti di kolong blok, taman permainan
  3. Perluas rangkaian Taman dan Koridor Alam Semula Jadi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg