Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelan kebangsaan bantu warga emas harungi usia senja dengan baik

Jan 30, 2023 | 6:14 PM
BANTU WARGA EMAS: Program 'Live Well, Age Well' atau 'Hidup dengan baik, Lanjut usia dengan baik' merancang mendekati lebih 550,000 peserta berusia 50 tahun dan ke atas dalam tempoh lima tahun akan datang.
BANTU WARGA EMAS: Program 'Live Well, Age Well' atau 'Hidup dengan baik, Lanjut usia dengan baik' merancang mendekati lebih 550,000 peserta berusia 50 tahun dan ke atas dalam tempoh lima tahun akan datang. - Foto fail

SATU program kebangsaan telah dilancarkan demi memperkasakan golongan warga emas untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mereka ketika mereka lanjut usia. Program 'Live Well, Age Well' atau 'Hidup dengan baik, Lanjut usia dengan baik' merancang mendekati lebih 550,000 peserta berusia 50 tahun dan ke atas dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia akan dikendalikan oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Persatuan Rakyat (PA) dan Pusat Penuaan Aktif (AAC) sebagai sebahagian daripada Pelan Tindakan Penuaan Berjaya Singapura. Rancangannya ialah untuk memastikan warga emas di sini dapat bekerja lebih lama serta kekal berhubung secara sosial. Pelan tersebut dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung di Pusat Masyarakat Ci Yuan Community Centre yang terletak di Hougang pada Isnin (30 Jan). Menjelang 2030, ia dianggarkan satu daripada empat orang di sini berumur 65 tahun ke atas, kerana rakyat Singapura hidup lebih lama dan bayi dilahirkan juga berkurangan. Menekankan kepentingan untuk mengatasi isu penduduk yang semakin lanjut usia, Encik Ong yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Menteri mengenai Penuaan berkata program ini akan memberi tumpuan untuk menawarkan pelbagai aktiviti sesuai bagi warga emas di sini. "Aktiviti ini terdiri daripada latihan fizikal kepada aktiviti kesejahteraan mental, pemakanan dan celik digital. "Dengan SG Lebih Sihat, usaha ini akan diberi dorongan yang lebih kuat dan mengambil perspektif penjagaan kesihatan yang lebih baik," kata Encik Ong. Program Live Well, Age Well, yang menawarkan aktiviti seperti sesi yoga dan taichi yang berimpak rendah, serta sesi pendidikan tentang kesejahteraan mental, sedang diperkenalkan secara beransur-ansur di tempat-tempat seperti kelab masyarakat dan pusat penuaan aktif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg