Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelancaran kereta api MRT generasi ke-7 tarik lebih 100 peminat

Jun 4, 2023 | 4:02 PM
SANGGUP BANGUN AWAL: Lebih 100 peminat kereta api sanggup bangun awal untuk ke stesen Tuas Link pada sekitar 7 pagi, 4 Jun untuk melihat dan menaiki kereta api Alstom Movia R151, kereta api generasi ketujuh yang akan digunakan di laluan North-South dan East-West (NSEWL).
SANGGUP BANGUN AWAL: Lebih 100 peminat kereta api sanggup bangun awal untuk ke stesen Tuas Link pada sekitar 7 pagi, 4 Jun untuk melihat dan menaiki kereta api Alstom Movia R151, kereta api generasi ketujuh yang akan digunakan di laluan North-South dan East-West (NSEWL). - Foto ST

LEBIH 100 peminat kereta api berkumpul di stesen Tuas Link pada pagi 4 Jun untuk menantikan ketibaan kereta api Alstom Movia R151.

Ia merupakan kereta api generasi ketujuh yang akan digunakan di laluan North-South dan East-West (NSEWL).

Kereta api baru itu mempunyai kabin dengan lebih banyak ruang terbuka untuk memuatkan kereta sorong dan kerusi roda dan lebih banyak tempat duduk bertenggek yang mengambil kurang ruang berbanding kereta api biasa, membolehkan lebih ramai penumpang menaikinya, lapor The Straits Times.

Antara mereka yang hadir ialah Encik Jeremy Teng, 25 tahun, yang merupakan peminat kereta api selama sekitar lima tahun.

Beliau berkata apa yang paling menarik baginya ialah bunyi motor yang berbeza yang dihasilkan setiap model kereta api semasa memecut dan berhenti.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada R151 termasuk sistem ujian kendiri dan skrin LCD yang memberitahu penumpang maklumat perjalanan mereka.

Pengurus armada Depot Tuas West SMRT, Encik Yusmar Yusof, berkata sistem ujian kendiri, yang mengambil masa sekitar 12 minit untuk dijalankan setiap pagi, telah membantu kakitangan penyelenggaraan untuk mengoptimumkan usaha mereka dengan mengenal pasti isu yang dikaitkan dengan penghawa dingin, pintu dan brek, antara lain.

Sistem ini juga menjimatkan masa kakitangan dan menjadikan pemeriksaan lebih rutin.

Encik Yusmar, 34 tahun, berkata kereta api itu direka dengan pandangan jurutera SMRT, yang menjadikannya lebih mudah dan selamat untuk diselenggara.

Sebagai contoh, katanya, penapis penghawa dingin pada model terdahulu diganti melalui bumbung kereta api, yang mendedahkan pekerja kepada risiko ketinggian, tetapi kerja itu kini boleh dilakukan dari dalam kabin.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) membeli 66 daripada 106 kereta api baru itu dalam perjanjian $1.2 bilion pada 2018 untuk menggantikan kereta api NSEWL Kawasaki generasi pertama yang telah beroperasi sejak 1987.

LTA kemudian membeli lagi 40 kereta api pada 2020 pada harga $337.8 juta untuk menggantikan kereta api Siemens generasi kedua dan Kawasaki-Nippon Sharyo generasi ketiga.

Baki 105 kereta api generasi ketujuh akan digunakan di NSEWL secara progresif sehingga akhir 2026.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg