PELANCARAN penyalaan lampu Hari Raya di Geylang Serai akan ditangguhkan dalam tempoh pemutus litar ini, menurut satu kenyataan Persatuan Rakyat (PA) pada Selasa (14 April).
Ini sejajar dengan usaha nasional untuk menggalakkan semua orang untuk duduk di rumah bagi mengekang penularan Covid-19.
"Kami akan memantau situasi Covid-19 dan mengumumkan tarikh baru Penyalaan itu nanti," menurut kenyataan itu lagi.
Berita Harian difahamkan 80 peratus lampu itu telah pun dipasang tetapi tidak akan dinyalakan sehingga selepas tempoh pemutus litar.
Penyalaan lampu di sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue ialah satu acara tahunan sempena bazar Geylang Serai.
PA telah mengumumkan sebelum ini tiada bazar Hari Raya akan diadakan di Wisma Geylang Serai, Our Tampines Hub, dan di Woodlands tahun ini, di tengah-tengah penularan Covid-19.
Baca laporan lepas:


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg