Pelancongan antara potensi besar kerjasama antara S'pura-Sarawak: Chun Sing
Premium
Pelancongan antara potensi besar kerjasama antara S'pura-Sarawak: Chun Sing
Aug 17, 2019 | 5:30 AM
ALU-ALUKAN KERJASAMA DENGAN SARAWAK: Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, semasa berucap di Forum dan Ekspo Perniagaan Sarawak-Singapura 2019. Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (Statos) turut dibuka secara rasmi di acara itu. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
TERDAPAT ruang potensi kerjasama yang besar antara Singapura dengan Sarawak dalam bidang seperti pelancongan dan penjualan produk semula jadi dari Sarawak, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.
Berucap di Forum dan Ekspo Perniagaan Sarawak-Singapura 2019 semalam, Encik Chan berkata Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (Statos), yang dibuka secara rasmi di acara itu, merupakan "permulaan sebuah hubungan yang lebih kukuh antara Singapura dengan Sarawak".

