PELANGGAN akan terus menerima surat akhbar mereka di rumah walaupun dengan pelaksanaan langkah keselamatan Covid-19 baru, memandangkan akhbar dianggap sebagai perkhidmatan penting.
Namun, pandemik ini menyebabkan kekurangan pekerja lantas mengakibatkan penghantaran lewat di sesetengah kawasan.
Dalam beberapa hari ini, vendor penghantaran akan menghubungi pelanggan terpilih meminta mereka tidak mengunci penutup kotak surat mereka agar akhbar boleh dimasukkan ke dalamnya jika perlu.
Pelanggan akhbar cetak yang ingin memastikan mereka terus menerima berita tanpa kelewatan boleh meningkatkan langganan secara percuma bagi menyertakan akses digital. Mereka boleh melakukannya dengan menghantar e-mel kepada circs@sph.com.sg atau menghubungi 6388 3838.
Surat khabar dan pakej lain dianggap selamat dihantar dan diterima. Kemungkinan seseorang sudah dijangkiti mencemari barang komersial rendah, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Singapura Press Holdings, yang menerbitkan Berita Harian dan akhbar lain di Singapura, telah meningkatkan langkah berjaga-jaga termasuk mengagih pelitup kepada semua vendor surat khabar dan memastikan kemudahan pengeluaran akhbar dibersihkan setiap hari.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg